TERSIRAT dalam TERSURAT sebagaimana yang diperkatakan oleh Presiden UMNO,Dato Seri Najib Razak memberikan dua pilihan kepada orang Melayu, iaitu membenarkan Malaysia di perintah oleh bukan Melayu atau mengekalkan orang Melayu sebagai pemerintah sebagaimana sedia ada iaitu melalui UMNO.
Pilihan yang tidak banyak ini adalah nyata dalam senario politik dan kesungguhan DAP untuk mendapatkan jumlah kerusi yang berkurangan dengan menggunakan anak muda Melayu yang mana hanya melihat kebebasan berpolitik tanpa sempadan tanpa melihat dari sudut kepentingan kuasa dan hak hak Melayu.
Saranan untuk bersatu dihulurkan dengan naluri yang terbuka dan membelakangkan agenda keperibadian demi kesinambungan perjuangan bangsa Melayu. Desakan anak muda dalam merintis jalan perjuangan didambakan sepenuhnya.
Dalam erti kata yang sebenarnya, kuasa Melayu seharusnya dikekalkan sehingga bila bila agar pembelaan kepada orang Melayu dalam kepelbagaian sudut dapat di teruskan tanpa ada kekangan dan sekatan.
Hal yang sama telah banyak diperkatakan oleh kepimpinan UMNO ........ Teruskan Bacaan
0 Response to "Tersirat selepas PAU, hanya ada dua pilihan dijajah atau terus berkuasa"
Post a Comment