Haramkan Vape: Selangor Mengadakan Perbincangan Dan Kajian Terlebih Dahulu

Baru-baru ini gempar dengan Sultan Johor mengharamkan Vape di negerinya.Tetapi kali ini pula Selangor mahu membuat langkah yang sama dengan mengharamkan rokok elektronik itu.Tetapi sebelum Selangor mengharamkan vape itu menterinya mahu mengadakan perbincangan dan kajian terlebih dahulu.Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali, dengan menambah bengkel berkenaan penggunaan vape akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

"Bengkel itu akan melibatkan Kementerian Kesihatan, kumpulan anak muda dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi meneliti kesan kesihatan akibat menghisap vape.

"Kita akan melihat rumusan daripada bengkel tersebut sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Ujar Azmin kerajaan negeri tidak mahu mengambil langkah drastik tanpa adanya pandangan daripada golongan yang berkaitan. - SiakapKeli.my

1 Response to "Haramkan Vape: Selangor Mengadakan Perbincangan Dan Kajian Terlebih Dahulu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...