'Saya dihina dan dicerca kerana saya nak tolong orang melayu' - Ismail

Dato Seri Ismail ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah yang dihina dan dicerca kerana hendak menolong orang melayu sendiri.Jom kita tengok kenyataan beliau yang diambil :

Apabila saya melancarkan Mara Digital yang khususnya untuk usahawan Melayu/Bumiputera, sambutan dari orang Melayu/Bumiputera amat menggalakkan. Sekurang-kurangnya usahawan bumiputera yang selama ini tidak mendapat tempat di IT Mall yang lain dapat diberi peluang.

Walau bagaimanapun, ada 'pihak lain' yang menentangnya dari awal Low Yatt 2 diumumkan, lebih-lebih lagi bila Mara Digital diumumkan.

Ada yang memberi masa tiga bulan sahaja untuk Mara Digital ini survive. Saya menjangkakan rintangan-rintangan, tetapi paling menyedihkan apabila ada di kalangan orang Melayu sendiri yang menghentam saya mengenai Mara Digital ini. 

Saya dipersalahkan apabila memberi pengecualian sewa 6 bulan kepada penyewa. Tujuan saya untuk untuk kurangkan bebanan kepada penyewa, kerana kebiasaannya tempat baru memerlukan masa untuk dikenali dan maju.

Orang ini bimbang jika free rental, peniaga akan turunkan harga dan tentu akan memberikan saingan kepada peniaga-peniaga di mall lain. Lagi pun, kononnya harga telefon bimbit sudah 'fix', jadi tidak mungkin turun harga. Ini pun kenyataan beliau yang bercanggah. Dia lupa bahawa bukan telefon bimbit semata-mata dijual di sana tetapi juga aksesori produk IT yang boleh diturunkan harga. 

Bagi saya, terserah kepada kebijaksanaan peniaga. Yang saya hairan, sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka free rental untuk membantu orang Melayu. Tetapi saya dihina dan dicerca kerana nak menolong Melayu.

Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu/Bumiputera untuk menjayakan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk buka di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mahu sokong tetapi jangan cuba menggagalkan usaha ini. Walau apa pun halangan dan rintangan, ianya tidak akan melemahkan semangat saya tetapi saya akan jadikan ini sebagai cabaran untuk memperkuatkan lagi semangat saya bagi meneruskan usaha membela usahawan Melayu/Bumiputera ini.

Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

Kredit teks dan gambar : TheHyperMedia.com

0 Response to "'Saya dihina dan dicerca kerana saya nak tolong orang melayu' - Ismail"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...