Hassan Said Dilantik Naib Canselor Baharu UITM

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu Hassan Said dilantik menjadi naib canselor baharu UITM.Artikel yang diambil dari Utusan.

Beliau juga merupakan bekas Ketua Pengarah Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008 sebelum memegang jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Taylor’s sehingga hujung tahun ini.Dalam pada itu, kementerian turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada Sahol Hamid yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor.“Terima kasih diucapkan kepada Sahol Hamid kerana berjaya membawa kejayaan UiTM di dalam negara serta persada antarabangsa dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera.“Tahniah diucapkan kepada Hassan atas pelantikan. Dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, kementerian yakin pelantikan tersebut akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap yang seterusnya,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Kredit teks dan gambar : Utusan.com.my

0 Response to "Hassan Said Dilantik Naib Canselor Baharu UITM"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...