Kalau perempuan tidak tahu memasak susahnya..


Ia lah kalau orang perempuan tidak tahu memasak jangan cakap susah malu sekali.Ia lah orang sekarang nak makan dalam rumah bukan pergi kedai.Lagipun dalam ekonomi ini lebih baik masak di rumah.Saya rasa kalau masak dekat rumah lagi untung.Dalam Islam tak sebut pun tugas isteri buat semua itu. Kenapa lelaki demand? Sebab mereka kena bayar hantaran tinggi yang dalam Islam pun dituntut atau sebut. So, kau takkan tak boleh harap bayar hantaran tinggi just duduk goyang kaki.

Pandangan aku sebagai lelaki, kalau hantaran rendah, kalau isteri goyang kaki, aku nak lebih-lebih nak kerahkan dia seperti hamba abdi pun aku malu. 

Yelah, sudahlah nak kahwin pun tak bayar apa-apa sangat hantaran, lepas itu nak demand. Tetapi kalau puluh-puluh ribu, kalau isteri itu produktiviti, kualiti dan inovatif, berbaloi la. Cari orang gajilah, sanggup nak elak isteri penat.



Kau nak apa lagi? Untung tuhan bagi kau isteri. Ada juga orang nak dengan kau. Ada juga yang sedia nak sehidup semati dengan kau, yang jaga maruah dia untuk kau.

Eh, kalau tak tahu bersyukur memang macam inilah kita akan asyik mempertikaikan apa saja sampai mati. Hidup kita ini nak melengkapi, bukan nak demanding kelemahan. Kalau tuhan kurniakan kau pasangan macam itu, buku ruaslah. Tuhan tak pernah salah beri sepadan.

Eh? Engkau pilihlah mana yang kau nak orang cakap pasal kau dapat bini? Sama padan atau padanlah dengan muka? Kau pun nak cari bini yang luaran macam modal, muka macam artis. Pelajaran tinggi, lepas itu nak demand egonisme orang perempuan macam itu. 

Kau ingat diorang nak taat kalau tak ada sebab? Dia mungkin tengok kau suami. Tetapi kalau kau demand seperti itu, bini kau pun tengok kau atas bawah. Silap-silap kau cuma di bawah tapak kaki dia saja. 

Cuba kau cari bini benyak-benyai yang biasa-biasa, yang janda ke, yang tak ada tempat di dunia sosial atau persaingan dunia. Confirm kau tak akan mengeluh sebab golongan seperti ini super taat sebab dia melihat kau lebih tinggi segala serbi dari dia. Memang ikat mati dia belai kau.

"Terajang, sepak, belum tentu dia jumpa kau di pintu mahkamah syariah,"

Kau ingat perempuan nak respect kau ke kalau kau pun tak adalah sempurna mana? Lagi hebat bini kau. Cuma bini kau ini perempuan, menunduk dan merendah diri. - Putera Nur Muhammad Raihan. 


Kan walaupun pandai dalam pelajaran tapi kena juga pandai dalam memasak....



0 Response to "Kalau perempuan tidak tahu memasak susahnya.."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...