Juara Gegar Vaganza 2 Siti Nordiana juara raih RM105,000 dan percutian ke Sepanyol yang bernilai RM30,000


Tahniah Siti Nordiana berjaya mendapat johan dengan usahanya.Dan pada peminat dan juga Siti Nordiana banyak berusaha akhirnya berjaya...Penyanyi Siti Nordiana Alias, 31, muncul juara program Gegar Vaganza 2 (GV2) yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana menyampaikan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain serta lagu Awak Kat Mane duet bersama Acong Sweetchild di pusingan ‘battle’.
Menewaskan lima pencabar lain, Nana berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000 tajaan Pamoga Qu Puteh dan Astro, sebuah lagu baru terbitan Astro, pakej percutian ke Madrid, Sepanyol, bernilai RM30,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.

Selain itu, kategori persembahan terbaik pilihan penonton turut dimenangi oleh Nana. Dipilih menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS), Nana menerima wang tunai sebanyak RM5,000.

Farahdhiya yang menyampaikan lagu Janji Manismu nyanyian asal Aishah berjaya menduduki tangga naib juara. Farahdhiya menerima wang tunai berjumlah RM50,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Beijing, China, bernilai RM15,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.

Sumber : Kamaruddin Razal

0 Response to "Juara Gegar Vaganza 2 Siti Nordiana juara raih RM105,000 dan percutian ke Sepanyol yang bernilai RM30,000"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...