Kaedah baharu perkasa ialah pengambilan pelajar Antarabangsa


Kali ini kaedah baru perkasa nak ambil pelajar Antarabangsa.Ialah pelajar Antarbangsa mungkin akan memartabatkan lagi sistem pendidikan Malaysia.

Kabinet semalam meluluskan tiga kaedah baharu untuk memperkasa pengambilan pelajar antarabangsa, berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kaedah berkenaan ialah pelaksanaan permohonan pas pelajar antarabangsa secara dalam talian dibuat oleh pelajar sendiri terus kepada Perkhidmatan Pendidikan Global Malaysia (EMGS).

"Selain itu, pas pelajar akan dikeluarkan mengikut tempoh pengajian manakala pas lawatan sosial bagi Program Mobiliti boleh dikeluarkan untuk tempoh maksimum 12 bulan.

"Usaha ini membabitkan kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen, EMGS dan agensi penguat kuasa lain.

"Langkah ini dijangka dapat membantu mempercepatkan dan meningkatkan ketelusan dalam proses permohonan," katanya pada sidang media di KPT di sini, hari ini.

Idris berkata, inisiatif ini diharap dapat melonjakkan usaha kerajaan dalam mencapai sasaran enrolmen penuntut antarabangsa yang berkualiti iaitu 200,000 penuntut menjelang tahun 2020.

Kredit : Bharian

0 Response to "Kaedah baharu perkasa ialah pengambilan pelajar Antarabangsa"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...