Halang Laluan VVIP : Sesiapa yang ingkar boleh dikenakan tindakan - KPN

Ketua Polis Negara berkata mereka yang ingkar untuk terhadap arahan polis pengiring boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kerana menghalang tugas penjawat awam selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

"Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan.

"Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu...yang utama adalah sebab keselamatan," katanya sebagaimana memetik laporan Bernama.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas tentang posting Facebook viral mengenai polis pengiring yang tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.

Khalid juga turut meminta beberapa portal berita yang memainkan isu berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.

"Saya minta anda hentikan perkara ini...tiada baiknya, anda mengajak rakyat supaya ingkar undang-undang," katanya. 

Kredit : SK

0 Response to "Halang Laluan VVIP : Sesiapa yang ingkar boleh dikenakan tindakan - KPN"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...