Ya, Harga ubat akan naik - Barrack Obama


Presiden US itu menyatakan yang harga ubat akan naik menerusi Perjanjian TPPA.Perkara itu dijangka selepas perjanjian TPPA sah harga ubat mungkin akan naik.

"Ketika ini, banyak syarikat-syarikat ubatan di Amerika Syarikat marah pada saya kerana mereka kata mereka tidak lagi dilindungi. Jawapan saya, dalam persekitaran global yang baru ini, perkara sentiasa berubah setiap masa dan sebahagian daripada nilai saya adalah bahawa perubahan itu mestilah baik bagi orang kebanyakan.

"Saya tidak percaya bahawa kita boleh hentikan perubahan. Saya tidak fikir bahawa dengan meletakkan halangan ke atas perdagangan, kita boleh hentikan perubahan," katanya ketika menjawab soalan peserta dari Malaysia.

Peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Rizal itu menimbulkan kebimbangan bahawa TPPA adalah "perjanjian elitis" yang akan membebankan majoriti rakyat Malaysia dan mereka daripada kumpulan berpendapatan rendah.

Entah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni semua harga naik entah apa lah yang berlaku harap keadaan ini tidak akan berpanjangan.


0 Response to "Ya, Harga ubat akan naik - Barrack Obama"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...