Video Kecoh di Kompleks Kota Raya 2 cedera

Kejadian ini mengakibatkan 2 cedera dalam insiden pergaduhan di sebuah Kompleks Kota Raya. Menurut laporan dari TheStar, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang media di luar kedai berkenaan dan meminta wang mangsa-mangsa yang di dakwa telah ditipu itu dikembalikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi Deputi Supritendan M Gunalan bagaimanapun berkata pihak yang mencetuskan pergaduhan itu adalah pihak yang berasingan

"Mereka datang tidak lama selepas kumpulan itu(PPIM) mengadakan sidang akhbar di luar kedai untuk menuntut bayaran balik. Terdapat kira-kira 20 orang yang datang dengan kayu dan topi keledar dan memulakan pergaduhan dengan kira-kira lapan pekerja di kedai tersebut.

"Daripada apa yang kita dapat lihat, hanya satu meja telah dihancurkan oleh kumpulan itu dan beberapa telefon bimbit hilang. Mereka yang cedera dirawat kerana kecederaan ringan di Hospital Tung Shin," kata DSP Gunalan.

0 Response to "Video Kecoh di Kompleks Kota Raya 2 cedera"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...