Selepas Donut 10 Sen Penjual Mahu Buat Pula Nasi Berlauk RM 1 untuk bantu komuniti

Selepas donut yang dijual berharga 10 Sen kali ini beliau mahu memulakan bisnes nasi berlauk dengan harga RM 1 kenapa ye?Ini lah sebabnya :

“Saya hanya mahukan kegembiraan terpancar di muka komuniti, maka ianya cukup bagi saya dan perkara itu pendorong dalam memberi semangat untuk saya teruskan bisnes ini” kata Waliuddin. Permasalahan kewangan serta pergelutan ekonomi antara komuniti yang diperhatikan olehnya membuatkan hati beliau terdetik untuk membuka bisnes yang boleh dianggap sebagai bersedekah. Tiada niat untuk menunjuk kebaikan yang ditonjolnya, malah ianya benar-benar keikhlasan yang datang dari hati jejaka berwajah tenang ini.
 
Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang berhati mulia yang ingin membantu memberi sumbangan peralatan bagi memudahkan lagi penjualan bisnes donutnya. Rasa syukur yang tidak terhingga kerana rezeki yang melimpah ruah diperolehnya juga hasil dari sifat keprihatinan orang Malaysia yang masih lagi wujud dan itu merupakan satu perkara yang sangat membanggakan baginya.

Sumber - Terbakor.com

0 Response to "Selepas Donut 10 Sen Penjual Mahu Buat Pula Nasi Berlauk RM 1 untuk bantu komuniti"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...