Ringgit dibuka lebih tinggi 4.2920 berbanding dolar AS

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan permintaan lebih baik bagi mata wang tempatan berikutan peniaga mengambil kesempatan daripada kejatuhan semalam.

Pada jam 9.13 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2920/2970 berbanding dolar daripada 4.3000/3050 penutup semalam.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0500/0558 daripada 3.0462/0508 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.6817/6876 daripada 4.6685/6744.

Ringgit menokok berbanding yen kepada 3.5383/5439 daripada 3.5403/5447 dan mengukuh berbanding British pound kepada 6.3895/3995 daripada 6.4053/4136. - BERNAMA

0 Response to "Ringgit dibuka lebih tinggi 4.2920 berbanding dolar AS "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...