Khianat kelar 17 batang pokok

Pihak DBKL mengesan tindakan vandalisme yang mengelar 17 batang pokok.Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini berlaku di Wangsa Maju.

Namun, hasil aduan orang ramai dan tindakan pantas DBKL, pokok-pokok yang 'dikelar' itu dapat diselamatkan.

Sebanyak 17 pokok tersebut ditoreh dan dikelar di sekelilingnya bagi tujuan mematikan saluran makanan supaya sumber air dan nutrien daripada akar tidak dapat disalurkan kepada dahan utama, ranting dan daun pokok.

Pokok ini akan mati secara perlahan-lahan dan kejadian musnah laku sedemikian adalah yang pertama berlaku di Kuala Lumpur serta mungkin dilakukan atas kepentingan dan keperluan individu tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar kelak.

DBKL bertindak pantas susulan aduan dengan melaksanakan operasi menyelamat menggunakan kaedah ‘cantuman rentas’ (bridge drafting),” kata Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi DBKL, Mustafa Mohd Nor.

Menurut Mustafa lagi, pihaknya telah membuat satu laporan polis berhubung perbuatan khianat itu.

Seksyen 36 di bawah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 telah menetapkan larangan bagi memotong pokok yang ukur lilitnya melebihi satu meter dengan sengaja hingga menyebabkan pokok itu mati.

Perbuatan ini sangat tidak wajar terjadi dalam masyarakat bertamadun kini kerana pembangunan pesat dalam bandar perlu seiring dengan usaha DBKL menanam dan menyelenggara seberapa banyak pokok bagi mengimbangi keperluan oksigen,” katanya. - SK

0 Response to "Khianat kelar 17 batang pokok"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...