DAP tidak senang dengan penyatuan umat islam kata timbalan menteri


Baru-baru ini ada berita yang mengkhabarkan tentang penyatuan UMNO dan PAS.Ini yang membuatkan umat islam bersatu di dalam satu negara tanpa mengira latar belakang politik.Ini pula artikel dari MalaysiaInsider kata timbalan menteri :

"Semalam saya perhati di laman Twitter dan media sosial pemimpin DAP Lim Guan Eng mengkritik PAS kerana presidennya menghadirinya bersama perdana menteri termasuk memfitnah PAS mendapat bahagian daripada (sumbangan) RM2.6 bilion."Jadi, saya kira berjayalah program ini kerana mendapat kritikan dan tohmahan. Hakikatnya, mereka tidak akan senang melihat umat Islam membicarakan isu yang merujuk kepada kepentingan umat Islam," katanya dalam acara penutup majlis yang menghimpunkan bekas pelajar Universiti Al-Azhar itu di Kuala Lumpur hari ini.
Mengikut jadual asal, ucapan penutup majlis itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau bagaimanapun digantikan dengan Asyraf. 

0 Response to "DAP tidak senang dengan penyatuan umat islam kata timbalan menteri"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...